Generasi Erasmus Program Erasmus

Sesetengah ahli akademik telah membuat spekulasi bahawa bekas pelajar Erasmus akan terbukti menjadi kuasa yang kuat dalam mencipta identiti pan-Eropah . Pada tahun 2005, saintis politik Stefan Wolff, sebagai contoh, telah berhujah bahawa "Beri beliau 15, 20 atau 25 tahun, dan Eropah akan dikendalikan oleh pemimpin yang mempunyai sosialisasi yang amat berbeza daripada hari ini", merujuk kepada apa yang dipanggil ' Generasi Erasmus'. [35] Istilah ini menggambarkan golongan muda di Eropah yang menyertai program Erasmus dan diandaikan menyokong integrasi Eropah dengan lebih aktif jika dibandingkan dengan generasi tua mereka. [36] Andaian daripada anak muda Eropah, yang menikmati faedah daripada integrasi Eropah, menganggap diri mereka sebagai warga Eropah, dan oleh itu mewujudkan asas sokongan untuk integrasi Eropah selanjutnya. Walau bagaimanapun, persoalan terbangkit sama ada terdapat korelasi positif antara program  tersebut serta integrasi pro-Eropah . [37]

Menurut bekas Pesuruhjaya Eropah untuk Pendidikan, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Tibor Navracsics, program Erasmus ini ialah menjadi alat kuasa lembut dan ia mencerminkan motivasi sebuah politik di sebalik penciptaannya, [38] termasuk tugas menghalalkan institusi Eropah. Konsep ini telah pun dibentangkan dalam projek Sofia Corradi, yang merupakan pencipta program Erasmus yang merupakan ahli pendidikan Itali. Beliau memberi perhatian khusus kepada keperluan untuk mengaktifkan pertukaran antara anak muda dari seluruh Eropah untuk menyumbang kepada pengukuhan perpaduan dan integritinya. [39]

Salah satu isu yang dibincangkan ialah sama ada penyertaan dalam program Erasmus ini membantu menjana lebih banyak perpaduan di Eropah. Kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Eropah pada tahun 2010 lapas menunjukkan bahawa menyertai program Erasmus menguatkan toleransi. Isu lain ialah sama ada Erasmus membolehkan percampuran orang-orang Eropah. [40] Sebagai contoh, lebih daripada satu perempat peserta Erasmus bertemu pasangan hidup mereka dengan penyertaan mereka di dalam program Erasmus yang menggalakkan mobiliti antara negara Eropah. [41] Umberto Eco memanggilnya integrasi seksual. [42] Suruhanjaya Eropah menganggarkan bahawa program itu telah mengakibatkan kelahiran lebih 1 juta kanak-kanak, kadangkala dipanggil "Bayi Erasmus". [43]

Sama ada Erasmus yang memupuk rasa identiti Eropah, hasilnya adalah bercampur aduk. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam pertukaran Erasmus sudah mempunyai kecenderungan yang ketara untuk menjadi pro-Eropah, [44] [45] hal ini menyebabkan beberapa sarjana membuat kesimpulan bahawa program pertukaran tersebut adalah "preaching to the converted'"[46] Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih baharu telah mengkritik penemuan awal sebelum ini yang mengatakan kaedah yang digunakan adalah bermasalah kerana ia agak tidak sempurna, disebabkan bergantung sepenuhnya pada pengalaman pelajar British serta skopnya adaalah terlalu kecil . Berdasarkan pada tinjauan skala yang lebih besar yang dijalankan ke atas kira-kira 1700 pelajar di enam buah negara, Mitchell mendapati bahawa 'penyertaan dalam pertukaran Erasmus adalah secara signifikan dan positif yang  berkaitan dengan perubahan dalam kedua-dua pengenalan sebagai Eropah dan pengenalan dengan Eropah'. [47] Di samping itu, ia juga telah mengemukakan bahawa kesusasteraan terdahulu mengelirukan penyebabnya dan akibat menyertai Erasmus. Hal ini kerana, kewujudan program sedemikian merupakan program yang mempunyai manfaat ketara yang disediakan oleh EU kepada bakal pelajar yang berminat untuk ke luar negara. Hal ini mungkin menyebabkan mereka melihat EU secara positif walaupun sebelum lagi menyertai Erasmus. [48]

Rujukan

WikiPedia: Program Erasmus http://erasmus247.com/ http://www.erasmustrainingcourses.com/teacher-trai... http://www.eurasmus.com/ http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/1465116510... http://www.urdunovelsonline.com/category/nimra-ahm... http://europa.eu/rapid/press-release_IP-13-1110_en... http://europa.eu/rapid/press-release_IP-14-821_en.... http://ec.europa.eu/education/erasmus/history_en.h... http://ec.europa.eu/education/erasmus/doc920_en.ht... http://ec.europa.eu/citizens-initiative/public/ini...